Bab 1
Liyana Kasturi mengukir senyuman, senyuman paling ayu yang pernah dilihat Ahmad Firdaus. Siapa kah gerangan gadis bertudung ayu di matanya ini? Ah! Mungkin saja gadis ini sudah berpunya, melihatkan gayanya yang ayu dan menawan, mustahil tiada teman di sisi.
“Encik, tumpang lalu, encik halang laluan saya,” pinta Liyana Kasturi lembut kepada Ahmad Firdaus yang disedarinya seperti mengelamun.
“Oh, minta maaf, saya tak perasan, maaf ye,” Ahmad Firdaus kembali ke realiti setelah mendengar suara lembut Liyana Kasturi. Kemerahan mukanya menahan malu. Tanpa Ahmad Firdaus sedari, Liyana Kasturi juga perasan akan tindak tanduk pemuda di hadapannya itu.
Alamak! Malunya, mana nak letak muka ni, mengelamun pulak aku ni. Nasib baik dia tak perasan aku asyik usha dia dari tadi. Fuh!
Keadaan di hadapan lif Kasturi Holdings sesak seketika dek peristiwa mengelamun Ahmad Firdaus itu tadi. Nasib baik Liyana Kasturi menegur, kalau tidak bising pula semua pekerja yang bergegas ingin masuk ke dalam pejabat.
“Amad! Tunggu jap!” Termengah-mengah Aidil Sufyan mengejar Ahmad Firdaus sebelum terlepas.
“Amad, apsal tadi macam jam je kat depan lif?” Macam traffic light pulak.
“Tak de apa-apa.” Alamak, kalau cerita karang sampai sudah si Aidil ni sakat aku. Haish! Nak kelentong ke??
“Tapi aku nampak macam kau je kat depan sekali. Ni mesti kau yang punya pasal yang sampai kat belakang orang duk bising.”
“Ishk, mane ada la, kebetulan aje aku kat depan tu..” Percaya lah wahai Aidil...
“Jangan kelentong la, muka kau tu senang sangat berubah bila kau menipu, haa, ni mesti ada pape kan??” Dush! Terkena balik...
Tak boleh jugak aku kelentong dengan kawan aku sorang ni. Maklumlah, dari sekolah dulu bersama. Sama jugak la ambil jurusan architecture kat UiTM dulu sampai lah dapat kerja pun tempat sama. Mereka ini sebenarnya antara jejaka kacak pilihan gadis-gadis tak kira di mana sahaja. Pasti ada sahaja mata yang tertumpu pada mereka, tetapi Ahmad Firdaus memiliki kekacakan yang unik kerana dia adalah kacukan arab dan sarawak. Manakala Aidil Sufyan pula melayu tulen, namun tetap menjadi pujaan dengan mukanya yang berkening lebat, kulit cerah dan berlesung pipit.
“Ala, kau ni tahu-tahu je, ok ok, nanti time lunch aku cerita k, sekarang tak boleh la nak bergossip.” Aikk?? Orang lelaki pun bergossip jugak ke??
“Ok, janji tau.” Terpaksalah diceritakan semuanya kepada Aidil Sufyan.
*******
Kelibat Aidil Sufyan dicari di seluruh kafeteria Kasturi Holdings. Janji nak jumpa di sini, tapi batang hidung pun tak nampak.
Mereka memang satu department, tapi tadi Ahmad Firdaus terpaksa attend ad hoc meeting dengan client, terpaksalah mereka pergi lunch berasingan.
Mana pulak si Aidil ni, janji pukul satu, sekarang ni dah pukul berapa. Rehat satu jam saja, sempat ke nak makan plus bercerita ni.
“Amad, sorry aku terlambat, tadi tetiba aja boss panggil nak tengokkan report projek. Ada-ada je orang tua tu.” Sedap pulak mulut si Aidil ni, karang di dengarnya Cik Natasha, tak ke haru.
“Itu lah kau ni, lain kali siap awal-awal keluar office, tak ada lah dia nak nampak kau. Tengok macam aku, senang je, awal lagi dah hilang. Hihi...”
“Yela, yela aku salah. Ha, kau dah tempah makanan belum? Aku dah lapar ni.”
“Awal-awal lagi aku dah tempah, untuk kau aku tempah nasi goreng cendawan dengan air kopi o.” Begitu lah mereka, kalau tak Aidil Sufyan yang tempahkan, Ahmad Firdaus yang akan ambil tindakan dulu, senang bila dah tahu sifat dan serba serbi tentang diri masing-masing.
“Ha, apa lagi, bukak la cerita, dah tak sabar ni nak tau,” pinta Aidil Sufyan dengan mimik muka persis kanak-kanak yang dah tak sabar nak dengar bedtime story.
“Aku block jalan diorang jek..” jawab Ahmad Firdaus malas.
“Takkan tu je kot, cerita la lagi.” Punya lah kawan tu tunggu sampai lunch time nak dengar cerita, itu saja yang terkeluar dari mulut Ahmad Firdaus.
“Ok, ok. Tengah aku tunggu kat depat lif tadi aku ternampak seorang gadis bertudung yang sangat ayu. Dia tersenyum sambil bercakap dengan member dia. Tak pernah aku nampak makhluk Allah secantik dia.” Bersinar-sinar mata Ahmad Firdaus saat teringat wajah gadis ayu.
“Hoi! Dah habis mengelamun??”
Sempat pulak mengelamun, panjang pulak tu, sampaikan makanan dah sampai pun tak sedar.
“Hihi, sorry...” kemerahan muka Ahmad Firdaus menahan malu.
“Tapi kan, aku tak pernah nampak pun dia kat company ni. First time aku terserempak dengan dia.”
“Staff baru kot. Ha, talking about new staff, CEO baru kita sampai hari ni. Cik Liyana Kasturi, anak CEO lama kita.”
“Iyeh? Hmmm, harap-harap tak la perangai dia macam boss kita tu, garang tak kene tempat langsung.” Ini lagi seorang, kalau di dengarnye Cik Natasha, dua-dua kena flying kick nanti.
“Hmm, dah la, baik kita cepat habiskan makanan ni, nanti masuk lambat orang tua tu mengamuk sakan pulak,” sambil tergelak-gelak Aidil Sufyan berkata.
P/S : thanx tu Amad sbb bg pinjamkan nama =)