Monday, May 18, 2009

Kenangan Indah Cinta Bab 4~

Bab 4

“Abah, Tasha mana? Dari tadi tak nampak batang hidung.”

“Entah, ikut ibu kamu pergi Pasar Tani agaknya..” En Masri menjawab tanpa mengangkat kepala dari membaca surat khabar. En Masri kalau membaca, susah nak paling ke tempat lain, khusyuk membaca.

Hmmm, bab mengikut boleh, kalau disuruh memasak atau mengemas, lambat saja pergerakan walaupun sedap bila memasak. Itulah perangai Ili Natasha, adik perempuan tunggal Ahmad Firdaus yang sangat manja dengannya. Walaupun sudah berumur 22 tahun, perangai tidak ubah seperti kanak-kanak apabila duduk setempat dengan Ahmad Firdaus.

‘Tut Tut’

Abg, nak mkn apa pagi ni? Ibu dgn Tasha kat pasar lg ni..

Pesanan ringkas diterima dari Ili Natasha. Ahmad Firdaus membacanya sambil berfikir apa yang hendak dibalas.

Erm, abg nak Nasi Lemak dgn Popia Basah la..Abah mcm mana?

Tak sampai 2 minit, message dari Ili Natasha masuk.

Okies! Heh, Abah awl2 lagi dah tempah tau..abg je yang lambat, tu la, bgn lambat lagi..hihi~

Ces! Sempat lagi dia perli aku..

Eleh, mcmlah org tu bgn awl sgt, berapa minit je pun awl dr abg..abg dah bgn awal tau, saje je xnk turun bawah.. =p

Ha, ingat dia seorang saja boleh bagi ayat perli, abang pun boleh la!

‘Tut Tut’

Ade org kesah! =P =P =P

“Main message dengan siapa tu Amad? Pagi lagi dah lekat handphone dekat tangan tu ha, siap senyum-senyum lagi.”

Adoi! Abah pun perli jugak, tak habis aku kena pagi ni..

“Tak ada lah abah, Tasha tanya nak makan apa pagi ni. Ibu dengan Tasha ada di Pasar Tani lagi. Abah nak tambah pesanan ke?”

“Abah dah cakap awal-awal kat ibu kamu tadi, abah ni bukan makan banyak pun, dah tua dah tak boleh makan macam dulu..” En Masri menjawab dengan nada yang sedikit terharu dengan keadaan umurnya sekarang.

“Ok, Amad just want to make sure, manalah tahu abah ada teringin nak makan apa-apa lagi,” Ahmad Firdaus menjawab ingin menidakkan kata En Masri.

Begitulah kebiasaannya pada setiap hari minggu. Ibunya akan ke Pasar Tani atau Pasar Pagi untuk membeli makanan keperluan termasuklah sayuran dan makanan mentah seperti ayam dan ikan. Banyak pilihan yang ada di Pasar Tani termasuklah kuih muih.

“Erm, abah, Amad nak pinjam kereta petang ni boleh? Kereta Amad ada dekat bengkel, tengah servis.”

“Kamu nak pergi mana?” tanya En Masri kehairanan. Biasanya Ahmad Firdaus tidak akan kemana-mana pada hari minggu.

“Amad nak pergi office kejap, ada kerja sikit.”

Sejak bos mereka digantikan dengan yang baru, ada sahaja kerja yang masuk. Mungkin kerana bos baru mereka tiada pengalaman,jadi kebanyakan kerja dibahagikan kepada staff-staf untuk membantu.

“Ha, boleh la, tapi Tasha cakap dia nak guna nak pergi Mall katanya. Kamu cakap lah dengan dia macam mana ye.”

"Ok, nanti Amad bincang la dengan dia macam mana," tahu akan perangai Ili Natasha yang agak keras kepala, Ahmad Firdaus cepat-cepat setuju dengan cadangan ayahnya.

******

Aidil Sufyan cepat-cepat mendail nombor Ahmad Firdaus setelah sampai ke pejabat memandangkan kawannya tiada di pejabat lagi. Mereka sepatutnya berjumpa di pejabat pada pukul 2 petang kerana bos baru mereka ingin mengadakan mensyuarat dengan ketua-ketua bahagian.

“Amad, kau kat mana lagi tuh, aku dah ada kat office ni, aku rasa semua dah ada kat sini, tinggal kau sorang je yang tak ada.” Kedengaran suara Aidil Sufyan yang risau akan kawannya jika sampai lambat. Sampai ke hari ini,mereka belum lagi berkesempatan untuk berjumpa dengan bos baru yang bernama Cik Liyana Kasturi. Sebab itulah Aidil Sufyan tidak mahu kawannya sampai lambat kerana belum tahu lagi perangai Cik Liyana Kasturi.

“Aku dah ada kat depan pejabat ni ha. Semua dah masuk bilik mesyuarat ke? Belum pukul 2 lagi, takkan bos dah masuk jugak. Aku pergi hantar adik aku dekat Mall tadi.”

“Kau ni, takkan lah first time nak jumpa bos dah buat perangai. Cuba set a good first impression, nanti tak adalah bos target kau sebagai staff yang bermasalah.” Panjang pula Si Aidil ni membebel.

“Ok,ok. Aku dah ada belakang kau pun.”

‘Click’ Panggilan ditutup dan Aidil Sufyan segera berpaling ke arah Ahmad Firdaus dan dengan segera juga mereka menuju ke bilik mesyuarat. Nasib baik lah Cik Liyana Kasturi tidak sampai lagi, kalau tidak mati lah mereka.

Setelah masing-masing berada ditempat yang disediakan, Ahmad Firdaus tiba-tiba terpandang perempuan yang baru sahaja masuk ke dalam bilik mesyuarat. Kecantikannya sekali lagi telah menyebabkan Ahmad Firdaus terpana untuk seketika.

Sudah jatuh cinta kah aku? Tidak, aku tidak akan jatuh cinta lagi. Kenangan lalu masih lagi berbekas di hati, aku tak akan mengulangnya lagi.

“Assalamualaikum, saya Liyana Kasturi, CEO baru kamu semua, kepada sesiapa yang sudah mengenali saya, selamat bertemu kembali, dan kepada sesiapa yang masih tidak mengenali saya, very nice to finally meet all of you.”

Segala pertanyaan Ahmad Firdaus telah terjawab setelah Liyana Kasturi memperkenalkan dirinya sebagai CEO syarikat tersebut. Aidil Sufyan di sebelah perasan yang Ahmad Firdaus sedikit terkejut apabila melihat Liyana Kasturi.

“Amad, kalau ye pun kau terpana tengok bos baru tu, jangan lah sampai memalukan aku sekali, tutup mulut tu sikit,” tegur Aidil Sufyan yang seakan malu dengan reaksi Ahmad Firdaus.

“Dil, perempuan ni la yang aku cerita dekat kau dulu. Kejadian dekat depan lif tu.”