Thursday, December 10, 2009
Life Is Hard and Beautiful
5 minit
10 minit
15 minit...
Mana ni? Tak sampai-sampai lagi. Kata nak datang pukul 3, ini kita pulak yang macam tunggul kayu menunggu. Memang aku nak dapat New York Cheesecake nampaknya.
"Assalamualaikum..." Suara siapa pulak yang sayup-sayup je dengar ni, aku berangan ke?
"Assalamualaikum awak..." Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah hambamu ini dari bala yang bakal menimpa. Takut kot~
"Awak, saya nak mintak maaf..." Padanla macam ala-ala dengar tak dengar, menyorok rupanya.
Macam adegan main sorok-sorok la pulak.
"Sayang, abang betul ada alasan lambat..abang ada meeting tadi dengan Tan Sri Othman dari Kasturi Holding, betul.." Ha, amek, siap bagi details tu, kalau tak nak maafkan jugak tak tahu la.
"Tak nak!" Baru dia rasa, dah la tinggal kita terkapai-kapai sendirian kat sini.
"Sayang.." Ha, idea-idea~
"Erm, nampaknya abang kena habiskan sorang la New York Cheesecake yang sedap dari Secret Recipe." Promote tuh.
'Cess! Reverse psychology sungguh'
"Abang lah, dah janji nak pukul 3, alih-alih 3 lebih baru sampai. Abang tahu kan sayang tak suka duduk sorang-sorang, macam tunggul kayu je tau tak!" Ha amek lagi! Semua sekali aku luahkan. Sedapnya, demi Cheesecake,aku rela egoku terbang. Hoho~
"Ya, abang tau, abang dah buat muka kesian kat Tan Sri tapi Tan Sri buat-buat tak nampak, abang nak buat cemana lagi.." Yes! Menjadi~
"Kalau abang buat lagi, abang tido kat couch kesayangan abang tuh!" Pulak...
"Iya lah, abang tak boleh nak janji, tapi abang akan cuba sedaya abang untuk tidak melukakan hati sayang lagi!" Hamboi, siap ayat baku dengan angkat tangan sekalik, biar betul laki aku ni??
"Betul ni betul.." Sejak bila pulak jadik mind reader ni? Ooo, sejak dia jadik laki aku dan aku bininya...
Sunday, July 5, 2009
sorry bebanyak~
Sunday, May 31, 2009
Kenangan Indah Cinta Bab 5~
Bab 5
Liyana Kasturi masih lagi menahan muka yang kemerahan walaupun sudah berada di dalam bilik pejabatnya seorang diri. Semasa di mesyuarat sebentar tadi lelaki yang pertama kali jumpa di depan lif tidak habis-habis merenungnya, sampai kemerahan pipinya. Nasib baik lah Liyana Kasturi pandai untuk menahan gugup ketika bercakap di mesyuarat sebentar tadi.
Tetapi, ada sahaja yang perasan iaitu Amirah Nadia kerana dia juga perasan akan Ahmad Firdaus. Semasa 5 minit rehat di mesyuarat tadi Amirah Nadia menegur Liyana Kasturi yang agak kelam kabut dengan tenungan yang tak kehabisan dari Ahmad Firdaus.
“Hoi Liya! Pehal muka kau ni merah semacam je? Panas ke dalam ni? Aku rasa dah sejuk tahap apa dah ni...” perlian dari Amirah Nadia amat menusuk kalbu Liyana Kasturi. Namun dia hanya tersenyum kerana dia tahu Amirah Nadia hanya bergurau sahaja.
“Ha? Mana adalah, muka aku tak merahlah..” Lagi kelam kabut dibuatnya Liyana Kasturi bila Amirah Nadia bertanya begitu.
“Jangan nak tipu la Liya,aku dah kenal kau lama untuk mengenali sifat kau.”
Betul kata Amirah Nadia, mereka sudah kenal lama. Sehinggakan segala keperitan dan rahsia hitam Liyana Kasturi diketahui oleh Amirah Nadia. Mereka sama-sama berkongsi duka.
“Err, tak ada pape la...err, rehat dah habis nih, kita sambung balik lah mesyuarat ni, nanti lambat habis,” kata Liyana Kasturi untuk mengelak Amirah Nadia dari menanya lagi banyak soalan yang dia sendiri ingin mengelak.
“Liya, lambat laun kau kena menghadapi kenyataan yang kau pun dah jatuh cinta dekat dia...”
Liyana Kasturi hanya diam dan cepat-cepat menyambung mesyuarat itu semula. Di dalam hatinya dia mengakui kata-kata Amirah Nadia itu ada betulnya. Liyana Kasturi telah jatuh cinta untuk kali yang kedua. Walaupun perit, dia tetap harus menerima kenyataan itu.
Kisah cintanya dahulu masih lagi tidak dilupakan, kisahnya dengan Faiz Fahmi adalah punca utama Liyana Kasturi tidak sanggup untuk jatuh cinta lagi. Pisang takkan berbuah dua kali, Liyana Kasturi sudah nekad untuk tidak bercinta lagi. Namun, mampukah Ahmad Firdaus, lelaki yang baru sahaja dia kenali untuk membuatnya runtuhkan nekadnya itu?
*****
Kepala Ahmad Firdaus menerawang ke mesyuarat sebentar tadi, teringat akan CEO baru mereka. Tidak sangka akan tindakan dirinya sendiri yang menatap wajah ayu Liyana Kasturi sehingga tingkah CEO nya agak gugup dan dia sendiri tahu bahawa dia lah puncanya.
Namun dia sendiri tidak mampu untuk fokus terhadap apa yang dibincangkan oleh mereka di mesyuarat tadi.
“Abang! Tasha dah masuk kereta ni, abang tak nak gerak lagi ke? Abang!” beberapa kali Ili Natasha memanggil abangnya namun tiada sahutan. Sebentar tadi pun bila kereta Ahmad Firdaus berada di hadapan Mall pun abangnya tidak menghubunginya untuk memberitahu bahawa dia sudah sampai. Nasib baik lah Ili Natasha memang sedia menunggu di situ.
“Eh! Tasha? Bila Tasha masuk ni? Abang tak perasan pun..” sampaikan dia yang membawa kereta pun tidak sedar yang dia sudah sampai. Begitu jauh rupanya fikirannya melayang sehinggakan kehadiran adiknya pun tidak disedari.
“Abang! Dah lame la Tasha masuk...abang,cepatlah gerak,kat belakang tu dah banyak kereta hon.”
Apa kena dengan abang aku ni? Menung jauh saja,sampai aku masuk kereta pun tak perasan. Gerutu Ili Natasha dalam hati,pelik dengan perangai abangnya.
“Kenapa dengan abang hari ni? Sakit ke bang? Termenung jauh je Tasha tengok..” tegur Ili Natasha tidak puas hati abangnya hanya diam sedari tadi. Masalah apa pula yang Ahmad Firdaus hadapi kerana setahunya Ahmad Firdaus sudah lama tidak termenung jauh macam ini sejak kematian Nur Anisa beberapa tahun yang lalu. Pelik?
Sewaktu Nur Anisa masih hidup, Ahmad Firdaus sentiasa ceria bagaikan tidak ada masalah. Tetapi sejak Nur Anisa pergi menyambut seruan Ilahi, hidupnya seakan-akan kosong, termenung sahaja kerjanya. Makan minum sering diabaikan, sehingga pernah abangnya itu masuk hospital kerana tidak cukup air.
Setelah beberapa lama menderita barulah Ahmad Firdaus bangkit semula dengan semangat yang masih bersisa. Kalau tidak kerana keluarganya yang sering memberi semangat, agaknya sampai sekarang Ahmad Firdaus masih berduka. Hanya sesekali air matanya keluar saat mengingat kembali kenangan bersama Nur Anisa, wanita yang hampir menjadi permaisuri hidupnya.
"Nisa, kita jumpa, ada hal nak bincang!" dengan nada yang mendatar yang berbunyi ketegasan Ahmad Firdaus menyatakan hasrat kepada Nur Anisa.
"Kat mana Amad nak jumpa?"
"Kat tempat biasa."
"Ok, tapi kenapa? Kenapa Amad marah ni? Nisa ada buat salah ke...."
Click!
Tanpa ada apa-apa balasan, Ahmad Firdaus terus mematikan panggilan meninggalkan Nur Anisa dalam keadaan kebingungan. Tanpa melengah masa Nur Anisa masuk ke dalam kereta dan memandu ke tempat biasa pertemuan mereka, Restoran Santai.
Sampai sahaja di Restoran Santai, Ahmad Firdaus kelihatan seperti orang yang hanya menunggu untuk meletup. Nur Anisa sangat pelik akan perangainya pada hari ini, semacam sahaja marahnya.
"Amad, kenapa macam nak marah ni? Nisa tanya tadi pun bukan nak jawab, terus letak telefon, terkejut Nisa...."
"Nisa pergi mana semalam? Dengan siapa Nisa keluar semalam?" terus sahaja Ahmad Firdaus memotong percakapan Nur Anisa dengan pertanyaan yang berbaur cemburu.
"Nisa keluar dengan kawan Nisa pergi beli barang dekat Mall. Kenapa?"
"Kawan lelaki ke perempuan?" terus sahaja Ahmad Firdaus menanya dengan suara yang tersekat-sekat kemarahan.
"Amad, Amad tak percayakan Nisa ke? Kalau pun Nisa keluar dengan lelaki, Nisa akan ajak kawan Nisa yang lain, bukan keluar berdua je.." Bagi Nur Anisa, soalan yang keluar dari mulut Ahmad Firdaus adalah tak munasabah, seperti cemburu buta.
"Amad tengok bukan main seronok lagi Nisa berjalan dengan lelaki tu, tak ada pulak kawan perempuan Nisa kat situ!" Kemarahan Ahmad Firdaus sudah tidak dapat ditahan lagi. Kalau boleh, ditengkingnya Nur Anisa di situ juga, tetapi melihatkan ramai orang di keliling mereka, dibiarkan sahaja nafsu amarahnya itu.
"Amad! Jangan nak tuduh sembarangan boleh tak?!"
"Kalau Amad sorang yang ternampak tak apa lah, ini kawan Amad nampak sekali, memalukan tahu tak, tunang Amad keluar dengan lelaki lain! Semua dah pandang Amad semacam tahu kat office hari ni!"
"Amad! Nisa keluar dengan kawan lama Nisa aja lah, Nisa pun ada ajak jugak kawan perempuan yang lain, tapi mereka sampai lambat..."
"Nisa tak payah nak bagi alasan lah! Tau tak bila kawan Amad kat office tanya Amad apa yang tunang Amad buat dengan lelaki lain, Amad rasa malu sangat, macam tunang Amad dah gatal sangat nak kepit dengan lelaki lain!"
Terkejut dengan apa yang terkeluar dari mulut Ahmad Firdaus, Nur Anisa hanya mampu berdiam diri, tidak sangka akan perangai Ahmad Firdaus.
Kali ini semua kemarahan tersembur keluar, hampir semua pelanggan yang ada melihat ke arah mereka. Nur Anisa hanya mampu menahan malu sampai kemerahan mukanya ditengking sebegitu. Sebelum ini Ahmad Firdaus pandai mengawal kemarahannya kalau berada di khalayak ramai. Cuma pada hari ini, Ahmad Firdaus bagaikan dirasuk.
"Amad! Sampai hati Amad tuduh Nisa macam tu...Nisa bukannya perempuan gatal yang tak tahu malu, Nisa sayangkan Amad, dah tak ada orang lain yang Nisa sayang...." dengan linangan air mata Nur Anisa berkata-kata setelah semangatnya yang sedikit kembali.
"Bukan semalam saja Nisa, sampaikan satu office kata Nisa keluar dengan lelaki lain belakang Amad! Mana Amad nak letak muka Nisa...”
"Amad, Nisa tak buat macam tu Amad, sumpah! Nisa tak pernah keluar dengan lelaki lain selain Amad."
"Sudah la Nisa, Amad tak boleh nak terima apa-apa lagi sekarang ni. Hati Amad sakit sangat, Amad tak sangka..." tanpa mempedulikan Nur Anisa yang menangis keesakan, Ahmad Firdaus terus keluar dari restoran, mengabaikan jeritan Nur Anisa yang memanggil namanya..
Selama beberapa hari Nur Anisa cuba menghubungi Ahmad Firdaus, biar hatinya sakit dengan tuduhan yang dilemparkan, digagahkan juga hati untuk memujuk semula Ahmad Firdaus. Nur Anisa terlalu sayangkan hubungan mereka.
Ahmad Firdaus hanya membiarkan panggilan dan sms dari Nur Anisa, hatinya juga terlalu sakit untuk memaafkan Nur Anisa. Kalau sebelum ini dia susah untuk mempercayai cerita orang tentang Nur Anisa, kali ini begitu senang dia memakan cerita yang disebarkan di office tempat dia bekerja.
Pada suatu hari, Ahmad Firdaus berhenti menerima sms atau panggilan daripada Nur Anisa. Ahmad Firdaus menjadi pelik, namun dibiarkan sahaja kerana fikirnya Nur Anisa sudah penat melayan rajuknya.
Pada malam itu jugak Ahmad Firdaus menerima panggilan dari rumah Nur Anisa...
“Assalamualaikum Amad? Ni mama Nisa...” sayu sahaja suara Pn Norisha memberi salam. Ahmad Firdaus dapat merasakan sesuatu yang tidak diingini telah berlaku.
“Wa’alaikumsalam Aunty, kenapa Aunty call saya malam-malam ni? Ada apa-apa hal ke Aunty?” dengan penuh sopan Ahmad Firdaus menjawab.
“Amad, Aunty nak minta maaf bagi pihak Nisa kalau Nisa ada buat salah. Nisa...Nisa....” tak mampu untuk berterus-terang tentang Nur Anisa, Pn Norisha menahan dari menangis.
“Kenapa dengan Nisa Aunty? Dia ok ke? Amad tak tahu nak kata apa lagi, Amad terkejut lagi dengan apa yang Amad dengar dari kawan-kawan Amad kat office..”
“Amad, Nisa...Nisa dah tak ada Amad....” diluahkan juga apa yang tersirat walaupun pedih.
“Aunty cakap apa ni? Jangan main-main Aunty. Amad tahu Amad tak layan dia sebab cerita yang Amad dengar tu, tapi...”
“Nisa dah meninggal Amad! Semalam dalam keadaan yang tak stabil sebab banyak sangat menangis, dia bawa kereta nak jumpa dengan Amad, dia kata nak minta maaf dengan Amad. Aunty cuba halang dia tapi dia degil! Katanya kalau tak mina maaf dengan Amad, dia tak tenang...” dengan suara yang tersekat-sekat Pn Norisha memberitahu Ahmad Firdaus.
“Apa yang berlaku?” hanya itu yang mampu diluahkan oleh mulut Ahmad Firdaus.
“Sejak Amad jumpa Nisa hari tu, Nisa tak habis-habis menangis, banyak kali call Amad tapi kamu tak layan dia. Nisa ada cerita pada Aunty, percayalah Amad, Nisa tak pernah menduakan kamu, dia sayang sangat pada kamu. Sebab tu semalam Nisa keluar dalam keadaan yang tidak terurus, baru sahaja lepas menangis, mata bengkak. Masa dalam perjalanan ke rumah kamu, lori besar rempuh kereta dia...”
“Ya Allah Ya Tuhanku....” air mata Ahmad Firdaus sudah membasahi pipi dan baju, tidak sangka tindakannya membawa padah yang besar.
“Kami tahu masa dia dah dibawa ke hospital, cedera parah dekat kepala...”
Pn Norinsha mengumpul segala tenaga dan semangat yang tersisa untuk memberitahu bahagian yang terlalu perit untuk diluahkan...
“Tak sampai beberapa jam, doktor dah tak boleh buat apa-apa Amad...” terus sahaja Pn Norisha keesakan tanpa tertahan.
“Amad tak tahu Aunty...Amad betul tak tahu.....”
Click
Terus sahaja Amad menangis tanpa henti...
“Maafkan Amad Nisa...Amad jahat....”
**thanx to Zaki for the name Ili Natasha :P
Monday, May 18, 2009
Kenangan Indah Cinta Bab 4~
Bab 4
“Abah, Tasha mana? Dari tadi tak nampak batang hidung.”
“Entah, ikut ibu kamu pergi Pasar Tani agaknya..” En Masri menjawab tanpa mengangkat kepala dari membaca surat khabar. En Masri kalau membaca, susah nak paling ke tempat lain, khusyuk membaca.
Hmmm, bab mengikut boleh, kalau disuruh memasak atau mengemas, lambat saja pergerakan walaupun sedap bila memasak. Itulah perangai Ili Natasha, adik perempuan tunggal Ahmad Firdaus yang sangat manja dengannya. Walaupun sudah berumur 22 tahun, perangai tidak ubah seperti kanak-kanak apabila duduk setempat dengan Ahmad Firdaus.
‘Tut Tut’
Abg, nak mkn apa pagi ni? Ibu dgn Tasha kat pasar lg ni..
Pesanan ringkas diterima dari Ili Natasha. Ahmad Firdaus membacanya sambil berfikir apa yang hendak dibalas.
Erm, abg nak Nasi Lemak dgn Popia Basah la..Abah mcm mana?
Tak sampai 2 minit, message dari Ili Natasha masuk.
Okies! Heh, Abah awl2 lagi dah tempah tau..abg je yang lambat, tu la, bgn lambat lagi..hihi~
Ces! Sempat lagi dia perli aku..
Eleh, mcmlah org tu bgn awl sgt, berapa minit je pun awl dr abg..abg dah bgn awal tau, saje je xnk turun bawah.. =p
Ha, ingat dia seorang saja boleh bagi ayat perli, abang pun boleh la!
‘Tut Tut’
Ade org kesah! =P =P =P
“Main message dengan siapa tu Amad? Pagi lagi dah lekat handphone dekat tangan tu ha, siap senyum-senyum lagi.”
Adoi! Abah pun perli jugak, tak habis aku kena pagi ni..
“Tak ada lah abah, Tasha tanya nak makan apa pagi ni. Ibu dengan Tasha ada di Pasar Tani lagi. Abah nak tambah pesanan ke?”
“Abah dah cakap awal-awal kat ibu kamu tadi, abah ni bukan makan banyak pun, dah tua dah tak boleh makan macam dulu..” En Masri menjawab dengan nada yang sedikit terharu dengan keadaan umurnya sekarang.
“Ok, Amad just want to make sure, manalah tahu abah ada teringin nak makan apa-apa lagi,” Ahmad Firdaus menjawab ingin menidakkan kata En Masri.
Begitulah kebiasaannya pada setiap hari minggu. Ibunya akan ke Pasar Tani atau Pasar Pagi untuk membeli makanan keperluan termasuklah sayuran dan makanan mentah seperti ayam dan ikan. Banyak pilihan yang ada di Pasar Tani termasuklah kuih muih.
“Erm, abah, Amad nak pinjam kereta petang ni boleh? Kereta Amad ada dekat bengkel, tengah servis.”
“Kamu nak pergi mana?” tanya En Masri kehairanan. Biasanya Ahmad Firdaus tidak akan kemana-mana pada hari minggu.
“Amad nak pergi office kejap, ada kerja sikit.”
Sejak bos mereka digantikan dengan yang baru, ada sahaja kerja yang masuk. Mungkin kerana bos baru mereka tiada pengalaman,jadi kebanyakan kerja dibahagikan kepada staff-staf untuk membantu.
“Ha, boleh la, tapi Tasha cakap dia nak guna nak pergi Mall katanya. Kamu cakap lah dengan dia macam mana ye.”
"Ok, nanti Amad bincang la dengan dia macam mana," tahu akan perangai Ili Natasha yang agak keras kepala, Ahmad Firdaus cepat-cepat setuju dengan cadangan ayahnya.
******
Aidil Sufyan cepat-cepat mendail nombor Ahmad Firdaus setelah sampai ke pejabat memandangkan kawannya tiada di pejabat lagi. Mereka sepatutnya berjumpa di pejabat pada pukul 2 petang kerana bos baru mereka ingin mengadakan mensyuarat dengan ketua-ketua bahagian.
“Amad, kau kat mana lagi tuh, aku dah ada kat office ni, aku rasa semua dah ada kat sini, tinggal kau sorang je yang tak ada.” Kedengaran suara Aidil Sufyan yang risau akan kawannya jika sampai lambat. Sampai ke hari ini,mereka belum lagi berkesempatan untuk berjumpa dengan bos baru yang bernama Cik Liyana Kasturi. Sebab itulah Aidil Sufyan tidak mahu kawannya sampai lambat kerana belum tahu lagi perangai Cik Liyana Kasturi.
“Aku dah ada kat depan pejabat ni ha. Semua dah masuk bilik mesyuarat ke? Belum pukul 2 lagi, takkan bos dah masuk jugak. Aku pergi hantar adik aku dekat Mall tadi.”
“Kau ni, takkan lah first time nak jumpa bos dah buat perangai. Cuba set a good first impression, nanti tak adalah bos target kau sebagai staff yang bermasalah.” Panjang pula Si Aidil ni membebel.
“Ok,ok. Aku dah ada belakang kau pun.”
‘Click’ Panggilan ditutup dan Aidil Sufyan segera berpaling ke arah Ahmad Firdaus dan dengan segera juga mereka menuju ke bilik mesyuarat. Nasib baik lah Cik Liyana Kasturi tidak sampai lagi, kalau tidak mati lah mereka.
Setelah masing-masing berada ditempat yang disediakan, Ahmad Firdaus tiba-tiba terpandang perempuan yang baru sahaja masuk ke dalam bilik mesyuarat. Kecantikannya sekali lagi telah menyebabkan Ahmad Firdaus terpana untuk seketika.
Sudah jatuh cinta kah aku? Tidak, aku tidak akan jatuh cinta lagi. Kenangan lalu masih lagi berbekas di hati, aku tak akan mengulangnya lagi.
“Assalamualaikum, saya Liyana Kasturi, CEO baru kamu semua, kepada sesiapa yang sudah mengenali saya, selamat bertemu kembali, dan kepada sesiapa yang masih tidak mengenali saya, very nice to finally meet all of you.”
Segala pertanyaan Ahmad Firdaus telah terjawab setelah Liyana Kasturi memperkenalkan dirinya sebagai CEO syarikat tersebut. Aidil Sufyan di sebelah perasan yang Ahmad Firdaus sedikit terkejut apabila melihat Liyana Kasturi.
“Amad, kalau ye pun kau terpana tengok bos baru tu, jangan lah sampai memalukan aku sekali, tutup mulut tu sikit,” tegur Aidil Sufyan yang seakan malu dengan reaksi Ahmad Firdaus.
“Dil, perempuan ni la yang aku cerita dekat kau dulu. Kejadian dekat depan lif tu.”
Monday, April 20, 2009
Kenangan Indah Cinta Bab 3
Bab 3
“Ibu, Amad kan rindu sangat Ibu picit kepala Amad....” segan-segan Ahmad Firdaus menuturkan kata-kata pada ibunya yang sedang kusyuk menonton tv.
“Haish kamu ni, dah tahu tak ada orang picit kepala kamu tu, carik lah orang lain picitkan. Ha, kamu ni dah umur berapa duduk membujang lagi, nak harapkan Ibu aja, alamat tak kawin la kamu.” Berbaur sindiran kata-kata Puan Nooreen. Nak suruh kawin rupanya ibu ni.
“Ha Amad, ibu kamu dah gian nak cucu la tu...” perlian dari En Masri menyebabkan Ahmad Firdaus sedikit tersentak. Pn Nooreen macam biasa bermuka selamba.
Bukannya Ahmad Firdaus tidak mahu beristeri, tapi kejadian 5 tahun lalu menyebabkan dia takut untuk menerima orang lain di dalam hidupnya. Ianya terlalu perit untuknya melaluinya sekali lagi jika itu lah yang menjadi takdir.
***********
“Nisa, kita jumpa kat Tanjung Lumpur ye, dekat Ana Ikan Bakar, Amad teringin pulak nak makan ikan bakar petai tu,” cadang Ahmad Firdaus pada Nur Anisa di dalam telefon.
“Amad ni tak habis-habis dengan Ana Ikan Bakar, senang-senang Amad kahwin je la dengan Ana tu, hari-hari boleh dapat makan ikan bakar!”
Alamak, macam merajuk saja Nisa ni...
“Sayang, janganlah merajuk, bukan selalu pun dapat makan...” lembut saja Ahmad Firdaus bertutur, mudah-mudahan lebut sikit hati Nur Anisa. Mesti ada perkara yang membuatkan mood Nur Anisa begitu cepat tersentuh dan marah sekarang ni.
Nur Anisa bukanlah seorang yang cepat marah, dia selalunya ramah, lembut dan sentiasa gembira dengan perangainya seakan-akan tiada masalah dalam hidupnya. Ahmad Firdaus amat menyenangi Nur Anisa yang tidak kisah akan dia yang selalu tertekan.
“Nisa bukan merajuk la, geram je, Amad tahu tak si Nizam tu selalu je kacau Nisa tau! Tadi saja dah berapa kali dia call Nisa, walaupun Nisa kata Nisa dah berpunya dia tetap jugak kacau Nisa, rimas tau!” Pasal ini rupanya Nisa marah.
“Hish Nizam ni, nak kena Amad cakap kat dia jugak baru dia tak ganggu sayang..” Ahmad Firdaus mengeluarkan kata-kata pujukan seolah-olah serius ingin bertemu muka dengan Nizam yang dikatakan sering mengganggu Nur Anisa.
“Pergi tau Amad, biar dia rasa!”
Nisa ni nak kena pujuk macam budak kacik je, Nisa, Nisa. Tergeleng-geleng kepala Ahmad Firdaus teringat akan Nur Anisa yang tak ubah macam budak-budak. Tetapi perangai yang satu inilah yang membuatkan Ahmad Firdaus terpikat kepada gadis kecil molek ini. Dengan paras rupa yang seakan-akan baby face, bermata bulat dan bermulut kecil ini terus memikat hati Ahmad Firdaus 5 tahun yang lalu.
**********
“Liya,jauh termenung? Ada sampai Paris dah?” sambil tergelak kecil Dato’ Mansur menegur Liyana Kasturi. Papanya selalu saja mengusik Liyana Kasturi.
“Tak sampai pun dekat Paris, sampai Jepun adalah...” berbunyi perlian kata-kata Liyana Kasturi. Dato’ Masri hanya tersenyum kalah. Pandai pulak anak papa ni balas perlian ye, sebelum ni selalu saja muncung mulutnya merajuk, maklumlah, tak pandai nak balas balik.
“Yela, termenung sampai tertembus dinding tu ha, susah pulak papa nak betulkan lubang dinding tu...” lagi pedas Dato’ Masri memerli. Yes! Papa tetap hebat.
“Papa ni, tak baik tau....” dah tak tahu nak balas apa. Mula dah muncung 5 depa Liyana Kasturi. Ini bermakna Liyana Kasturi tetap tidak tahu bagaimana ingin mengalahkan papanya. Dato’ Masri sudah tergelak-gelak sampai terkeluar air mata melihat muka anaknya itu, dengan muncung mulutnya sambil mencekak pinggang tanda protes.
“Ok, ok, papa tak kacau Liya dah, kesian anak papa, tengok muka tu dah merah.”
“Pa, ada ke lelaki kat luar sana untuk Liya pa? Susah sangat nak jumpa lelaki yang jujur macam papa dengan Along kan. Kenapa nasib Liya macam ni pa, semua lelaki yang Liya kenal teruk perangai...” sambil menitis air mata Liyana Kasturi teringat akan kejadian buruk yang berlaku semasa dia baru sahaja menamatkan pengajian diploma.
***********
Liyana Kasturi menapak di restoran makanan segera yang sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia pada masa itu. Setelah menemui tempat duduk yang sesuai, Liyana Kasturi pantas menaip pesanan ringkas kepada rakannya Faiz Fahmi mengatakan dia sudah berada di tempat yang dijanjikan.
Faiz, aku dah ada kat McDonald ni, kau nak aku tempahkan makanan ke sebelum kau sampi sini?
Tut tut...
Erm, boleh jugak, macam biasa ek...thanx so much!
Tak sampai berapa minit pesanan sampai dari Faiz Fahmi.
“Ramai la pulak hari ni...”
Setelah sampai giliran,Liyana Kasturi pantas memesan makanan.
“Miss,makan sini ya, satu set medium and satu set large Bic Mac, air tolong tukarkan pada air Ribena ye untuk both set,” pantas saja Liyana Kasturi menuturkan pesanan. Sememangnya dia dan Faiz Fahmi suka akan makanan yang sama, tak kira di mana sahaja, kalau tak Liyana Kasturi yang memesan, mesti Faiz Fahmi yang akan membuat pesanan.
“Mana pulak mamat ni sorang, da 10 minit ni tak sampai-sampai lagi ni....” rungut Liyana Kasturi sendirian.
“Liya, sorry aku lambat, stuck kat traffic tadi, ada roadblock, kau tak kena ke?”
“Tak pun, sebab aku kan pandai cari jalan senang, tu la kau, aku ajak tadi tak nak ikut,banyak aja alasan kau bagi kan, tengok sekarang siapa yang lambat..” Liyana Kasturi membebel panjang.
Ha, mula dah nenek ni membebel...
“Yela nek, aku aja yang salah. Dah dah la tu membebel, aku lapar dah ni, kau tu karang perut masuk angin membebel banyak sangat.”
“Sesedap mulut kau aja panggil aku nenek kan, aku pelekung karang!”
“Ala, aku gurau-gurau je, jangan la marah, aku lapar ni...”
Apa kena-mengena lapar dengan aku marah pulak ni???
Tanpa melengah masa mereka pun mula menjamu selera, tak jadi Liyana Kasturi sambung memarahi Faiz Fahmi memandangkan mukanya yang sememangnya menunjukkan dia lapar.
Sunday, March 29, 2009
Kenangan Indah Cinta Bab 2~
Bab 2
“Liya, kau perasan tak tadi masa depan lif? Ala, yang staff lelaki yang halang laluan kita tu...” tanya Amirah Nadia dengan perasaan yang teruja dengan kejadian pagi tadi. Liyana Kasturi hanya tengok muka kawannya itu dengan muka yang tak berperasaan.
“Malas la aku nak layan and ingat. Banyak benda lagi aku nak kena fikir, aku kan baru saja ambil alih tempat ayah aku, benda-benda kecil macam ni aku tak boleh nak layan la...” dengan malasnya Liyana Kasturi menjawab.
“Ala kau ni, have fun la sikit, bukan kau tak tahu kerja-kerja macam ni, ko kan pernah jadik manager kat Yazid-Kasturi Corporation, semua benda basic dah ada dalam tangan...” Panjang pulak Cik Nad ni membebel, kalau tak deberhentikan, sampai malam pun tak habis lagi.
“Iyela Cik Nad oi! Aku tahu tu semua, tapi untuk memegang company sebesar Kasturi Holdings ni susah la sikit, dan, kalau boleh tak nak lah fikir pasal lelaki lagi for the time being..” Sebenarnya, niat di hati tidak mahu mengatakan sedemikian, setiap detik otaknya hanya ada lelaki itu. Seolah-olah ada tarikan antara mereka berdua. Depan lif tadi bukan sahaja muka lelaki itu yang merah, tapi Liyana Kasturi pun sedang kemerahan kerana ditenung lelaki kacukan itu.
Dengan kacukan Pakistan, Liyana Kasturi sememangnya menjadi tarikan, dengan mukanya yang ayu memakai tudung, sesiapa sahaja akan tertarik, malah ada juga beberapa cuba untuk masuk meminang, namun Liyana Kasturi menolak kerana tidak bersedia.
“Liya, aku tahu kau nak tumpukan perhatian dengan company ni, tapi kau kene fikirkan juga diri kau, keperluan batin kau..”
“Nad, boleh tak kau jangan cakap pasal benda ni lagi, sakit telinga aku kau membebel tau,” dengan selamba Liyana Kasturi menahan kata-kata seterusnya dari mulut Amirah Nadia. Nasib baik lah Amirah Nadia tidak terusik dengan perangai Liyana Kasturi, kalau tidak, muncung sedepa mulut kawannya itu.
Bukan dia tak nak memenuhi kehendak hatinya itu, tapi Liyana Kasturi takut. Takut kalau apa yang terjadi pada abangnya akan terjadi pada dirinya. Iqman Yazid pernah betunang, tapi, tunangnya secara tiba-tiba memutuskan ikatan itu tanpa sebab. Abangnya itu terlampau kecewa sehingga membawa diri ke England dan meneruskan pelajaran di sana, sehingga kerjayanya pun dibina di sana. Dah berapa lama abangnya tidak balik ke Malaysia.
“Ikut kau la Cik Liyana Kasturi oi, aku nak pergi sambung kerja aku pulak, karang tak sempat siap pulak.” Amirah Nadia adalah Executive bahagian Pemasaran di Kasturi Holdings. Liyana Kasturi dan Amirah Nadia juga adalah kawan baik sejak universiti dulu. Kerjanya sekarang pun sebenarnya dibantu oleh Liyana Kasturi kerana sewaktu mereka graduate, negara sedang gawat, jadi Dato’ Mansur iaitu ayah Liyana Kasturi memberi tawaran bekerja kepada Amirah Nadia. Lagipun waktu itu, Kasturi Holdings amat memerlukan pekerja.
“Ingatkan dah tak nak kerja..”
Bantal yang ada di atas sofa di bilik itu tiba-tiba melayang di hadapan Liyana Kasturi. Cess, sempat lagi tu, nasib baik sempat sambut, siap lah kau Cik Nad...
“Ala, terlepas pulak...” Tersengih Amirah Nadia sambil cepat-cepat keluar sebelum dia pulak yang terkena.
**********
“Ma, Pa, Liya dah blk...” dengan suara yang penat Liyana Kasturi bersuara untuk memberitahu Dato’ Mansur dan Datin Sarimah bahawa puteri mereka yang seorang sudah balik.
“Layu aja dengar suara tu, penat sangat ke sayang?”
“Banyak keje la mama, baru sekejap papa tinggal ofis, dah bertimbun file atas meja.”
“Hmm, yela tu, papa dah pesan dah semua staff siapkan keje diorang, tak tahu lah ada juga yang tak siap nya,” Dato’ Mansur mengeluarkan kata-kata self-defense, saja nak mengenakan Liyana Kasturi.
Walaupun putera mereka jauh membawa diri, puteri mereka lah menjadi pengubat hati. Tidak sedetik pun niat hati mahu menjauhkan anaknya lagi seorang.
“Kamu dah solat Asar ke Liya? Dah pukul berapa ni ha...” sambil menilik jam dinding Datin Sarimah mengingatkan anaknya untuk menunaikan ibadah yang wajib itu.
“Liya cuti ma, baru pagi tadi, ni yang penat tahap malas nak jalan ha.”
“Patutla muka mengalahkan orang nak beranak aja papa tengok, hihihihi....” langsung kena ketam dari Datin Sarimah.
“Pa, tak baik la papa ni, buli anak sendiri, huh, merajuk ni...” muncung sedepa mulut, merajuk mengalahkan budak 5 tahun. Kemanjaan tetap ada walaupun sudah berumur 25 tahun.
“Ma, kita jangan kawan dengan papa, papa suka buli kita ma...” pembalasan dendam sedang berlaku....
“Mana aci Liya ajak mama, papa sorang je tau...” turn papa pulak nak merajuk, ni nak merasa dua permaisuri hidup memujuk. Kalau dalam sehari tak ada orang bergurau, tak sah!
Tiba-tiba kotak ingatan Liyana Kasturi muncul bayangan alongnya.
Along, Liya rindukan along. Mama paling rindukan along, walaupun mama tak tunjukkan pada Liya dan papa, Liya tahu setiap kali mama seorang diri, mama akan mengalirkan air mata. Papa juga menunggu kepulangan along, setiap hari Liya dengar papa berdoa agar along balik, balik membawa diri along yang dulu. Balik lah along, kami rindukan along!
“Liya, kenapa ni? Papa bergurau je, jangan la menangis..” Terkejut Dato’ Mansur dan Datin Sarimah, kalaupun mereka bergurau, tak pernah hati Liyana Kasturi terusik.
“Liya rindukan along....” tersekat-sekat suara Liyana Kasturi menahan tangis. Sudahnya, dengan mamanya sekali teresak. Dato’ Mansur memeluk dan mengusap kepala puterinya sambil tangannya memegang erat tangan Datin Sarimah, membantu agar mereka semua sabar dan tabah.
“Dah, dah menangis tu, along bukannya dah tinggalkan kita selamanya, dia berhubung juga kan dengan kita. Dah, dah, habis baju papa ni...” sempat lagi papa bergurau, papa ni...
Saturday, March 28, 2009
Kenangan Indah Cinta Bab 1~
Bab 1
Liyana Kasturi mengukir senyuman, senyuman paling ayu yang pernah dilihat Ahmad Firdaus. Siapa kah gerangan gadis bertudung ayu di matanya ini? Ah! Mungkin saja gadis ini sudah berpunya, melihatkan gayanya yang ayu dan menawan, mustahil tiada teman di sisi.
“Encik, tumpang lalu, encik halang laluan saya,” pinta Liyana Kasturi lembut kepada Ahmad Firdaus yang disedarinya seperti mengelamun.
“Oh, minta maaf, saya tak perasan, maaf ye,” Ahmad Firdaus kembali ke realiti setelah mendengar suara lembut Liyana Kasturi. Kemerahan mukanya menahan malu. Tanpa Ahmad Firdaus sedari, Liyana Kasturi juga perasan akan tindak tanduk pemuda di hadapannya itu.
Alamak! Malunya, mana nak letak muka ni, mengelamun pulak aku ni. Nasib baik dia tak perasan aku asyik usha dia dari tadi. Fuh!
Keadaan di hadapan lif Kasturi Holdings sesak seketika dek peristiwa mengelamun Ahmad Firdaus itu tadi. Nasib baik Liyana Kasturi menegur, kalau tidak bising pula semua pekerja yang bergegas ingin masuk ke dalam pejabat.
“Amad! Tunggu jap!” Termengah-mengah Aidil Sufyan mengejar Ahmad Firdaus sebelum terlepas.
“Amad, apsal tadi macam jam je kat depan lif?” Macam traffic light pulak.
“Tak de apa-apa.” Alamak, kalau cerita karang sampai sudah si Aidil ni sakat aku. Haish! Nak kelentong ke??
“Tapi aku nampak macam kau je kat depan sekali. Ni mesti kau yang punya pasal yang sampai kat belakang orang duk bising.”
“Ishk, mane ada la, kebetulan aje aku kat depan tu..” Percaya lah wahai Aidil...
“Jangan kelentong la, muka kau tu senang sangat berubah bila kau menipu, haa, ni mesti ada pape kan??” Dush! Terkena balik...
Tak boleh jugak aku kelentong dengan kawan aku sorang ni. Maklumlah, dari sekolah dulu bersama. Sama jugak la ambil jurusan architecture kat UiTM dulu sampai lah dapat kerja pun tempat sama. Mereka ini sebenarnya antara jejaka kacak pilihan gadis-gadis tak kira di mana sahaja. Pasti ada sahaja mata yang tertumpu pada mereka, tetapi Ahmad Firdaus memiliki kekacakan yang unik kerana dia adalah kacukan arab dan sarawak. Manakala Aidil Sufyan pula melayu tulen, namun tetap menjadi pujaan dengan mukanya yang berkening lebat, kulit cerah dan berlesung pipit.
“Ala, kau ni tahu-tahu je, ok ok, nanti time lunch aku cerita k, sekarang tak boleh la nak bergossip.” Aikk?? Orang lelaki pun bergossip jugak ke??
“Ok, janji tau.” Terpaksalah diceritakan semuanya kepada Aidil Sufyan.
*******
Kelibat Aidil Sufyan dicari di seluruh kafeteria Kasturi Holdings. Janji nak jumpa di sini, tapi batang hidung pun tak nampak.
Mereka memang satu department, tapi tadi Ahmad Firdaus terpaksa attend ad hoc meeting dengan client, terpaksalah mereka pergi lunch berasingan.
Mana pulak si Aidil ni, janji pukul satu, sekarang ni dah pukul berapa. Rehat satu jam saja, sempat ke nak makan plus bercerita ni.
“Amad, sorry aku terlambat, tadi tetiba aja boss panggil nak tengokkan report projek. Ada-ada je orang tua tu.” Sedap pulak mulut si Aidil ni, karang di dengarnya Cik Natasha, tak ke haru.
“Itu lah kau ni, lain kali siap awal-awal keluar office, tak ada lah dia nak nampak kau. Tengok macam aku, senang je, awal lagi dah hilang. Hihi...”
“Yela, yela aku salah. Ha, kau dah tempah makanan belum? Aku dah lapar ni.”
“Awal-awal lagi aku dah tempah, untuk kau aku tempah nasi goreng cendawan dengan air kopi o.” Begitu lah mereka, kalau tak Aidil Sufyan yang tempahkan, Ahmad Firdaus yang akan ambil tindakan dulu, senang bila dah tahu sifat dan serba serbi tentang diri masing-masing.
“Ha, apa lagi, bukak la cerita, dah tak sabar ni nak tau,” pinta Aidil Sufyan dengan mimik muka persis kanak-kanak yang dah tak sabar nak dengar bedtime story.
“Aku block jalan diorang jek..” jawab Ahmad Firdaus malas.
“Takkan tu je kot, cerita la lagi.” Punya lah kawan tu tunggu sampai lunch time nak dengar cerita, itu saja yang terkeluar dari mulut Ahmad Firdaus.
“Ok, ok. Tengah aku tunggu kat depat lif tadi aku ternampak seorang gadis bertudung yang sangat ayu. Dia tersenyum sambil bercakap dengan member dia. Tak pernah aku nampak makhluk Allah secantik dia.” Bersinar-sinar mata Ahmad Firdaus saat teringat wajah gadis ayu.
“Hoi! Dah habis mengelamun??”
Sempat pulak mengelamun, panjang pulak tu, sampaikan makanan dah sampai pun tak sedar.
“Hihi, sorry...” kemerahan muka Ahmad Firdaus menahan malu.
“Tapi kan, aku tak pernah nampak pun dia kat company ni. First time aku terserempak dengan dia.”
“Staff baru kot. Ha, talking about new staff, CEO baru kita sampai hari ni. Cik Liyana Kasturi, anak CEO lama kita.”
“Iyeh? Hmmm, harap-harap tak la perangai dia macam boss kita tu, garang tak kene tempat langsung.” Ini lagi seorang, kalau di dengarnye Cik Natasha, dua-dua kena flying kick nanti.
“Hmm, dah la, baik kita cepat habiskan makanan ni, nanti masuk lambat orang tua tu mengamuk sakan pulak,” sambil tergelak-gelak Aidil Sufyan berkata.
P/S : thanx tu Amad sbb bg pinjamkan nama =)