Sunday, May 31, 2009

Kenangan Indah Cinta Bab 5~

Bab 5

Liyana Kasturi masih lagi menahan muka yang kemerahan walaupun sudah berada di dalam bilik pejabatnya seorang diri. Semasa di mesyuarat sebentar tadi lelaki yang pertama kali jumpa di depan lif tidak habis-habis merenungnya, sampai kemerahan pipinya. Nasib baik lah Liyana Kasturi pandai untuk menahan gugup ketika bercakap di mesyuarat sebentar tadi.

Tetapi, ada sahaja yang perasan iaitu Amirah Nadia kerana dia juga perasan akan Ahmad Firdaus. Semasa 5 minit rehat di mesyuarat tadi Amirah Nadia menegur Liyana Kasturi yang agak kelam kabut dengan tenungan yang tak kehabisan dari Ahmad Firdaus.

“Hoi Liya! Pehal muka kau ni merah semacam je? Panas ke dalam ni? Aku rasa dah sejuk tahap apa dah ni...” perlian dari Amirah Nadia amat menusuk kalbu Liyana Kasturi. Namun dia hanya tersenyum kerana dia tahu Amirah Nadia hanya bergurau sahaja.

“Ha? Mana adalah, muka aku tak merahlah..” Lagi kelam kabut dibuatnya Liyana Kasturi bila Amirah Nadia bertanya begitu.

“Jangan nak tipu la Liya,aku dah kenal kau lama untuk mengenali sifat kau.”

Betul kata Amirah Nadia, mereka sudah kenal lama. Sehinggakan segala keperitan dan rahsia hitam Liyana Kasturi diketahui oleh Amirah Nadia. Mereka sama-sama berkongsi duka.

“Err, tak ada pape la...err, rehat dah habis nih, kita sambung balik lah mesyuarat ni, nanti lambat habis,” kata Liyana Kasturi untuk mengelak Amirah Nadia dari menanya lagi banyak soalan yang dia sendiri ingin mengelak.

“Liya, lambat laun kau kena menghadapi kenyataan yang kau pun dah jatuh cinta dekat dia...”

Liyana Kasturi hanya diam dan cepat-cepat menyambung mesyuarat itu semula. Di dalam hatinya dia mengakui kata-kata Amirah Nadia itu ada betulnya. Liyana Kasturi telah jatuh cinta untuk kali yang kedua. Walaupun perit, dia tetap harus menerima kenyataan itu.

Kisah cintanya dahulu masih lagi tidak dilupakan, kisahnya dengan Faiz Fahmi adalah punca utama Liyana Kasturi tidak sanggup untuk jatuh cinta lagi. Pisang takkan berbuah dua kali, Liyana Kasturi sudah nekad untuk tidak bercinta lagi. Namun, mampukah Ahmad Firdaus, lelaki yang baru sahaja dia kenali untuk membuatnya runtuhkan nekadnya itu?

*****

Kepala Ahmad Firdaus menerawang ke mesyuarat sebentar tadi, teringat akan CEO baru mereka. Tidak sangka akan tindakan dirinya sendiri yang menatap wajah ayu Liyana Kasturi sehingga tingkah CEO nya agak gugup dan dia sendiri tahu bahawa dia lah puncanya.

Namun dia sendiri tidak mampu untuk fokus terhadap apa yang dibincangkan oleh mereka di mesyuarat tadi.

“Abang! Tasha dah masuk kereta ni, abang tak nak gerak lagi ke? Abang!” beberapa kali Ili Natasha memanggil abangnya namun tiada sahutan. Sebentar tadi pun bila kereta Ahmad Firdaus berada di hadapan Mall pun abangnya tidak menghubunginya untuk memberitahu bahawa dia sudah sampai. Nasib baik lah Ili Natasha memang sedia menunggu di situ.

“Eh! Tasha? Bila Tasha masuk ni? Abang tak perasan pun..” sampaikan dia yang membawa kereta pun tidak sedar yang dia sudah sampai. Begitu jauh rupanya fikirannya melayang sehinggakan kehadiran adiknya pun tidak disedari.

“Abang! Dah lame la Tasha masuk...abang,cepatlah gerak,kat belakang tu dah banyak kereta hon.”

Apa kena dengan abang aku ni? Menung jauh saja,sampai aku masuk kereta pun tak perasan. Gerutu Ili Natasha dalam hati,pelik dengan perangai abangnya.

“Kenapa dengan abang hari ni? Sakit ke bang? Termenung jauh je Tasha tengok..” tegur Ili Natasha tidak puas hati abangnya hanya diam sedari tadi. Masalah apa pula yang Ahmad Firdaus hadapi kerana setahunya Ahmad Firdaus sudah lama tidak termenung jauh macam ini sejak kematian Nur Anisa beberapa tahun yang lalu. Pelik?

Sewaktu Nur Anisa masih hidup, Ahmad Firdaus sentiasa ceria bagaikan tidak ada masalah. Tetapi sejak Nur Anisa pergi menyambut seruan Ilahi, hidupnya seakan-akan kosong, termenung sahaja kerjanya. Makan minum sering diabaikan, sehingga pernah abangnya itu masuk hospital kerana tidak cukup air.

Setelah beberapa lama menderita barulah Ahmad Firdaus bangkit semula dengan semangat yang masih bersisa. Kalau tidak kerana keluarganya yang sering memberi semangat, agaknya sampai sekarang Ahmad Firdaus masih berduka. Hanya sesekali air matanya keluar saat mengingat kembali kenangan bersama Nur Anisa, wanita yang hampir menjadi permaisuri hidupnya.

"Nisa, kita jumpa, ada hal nak bincang!" dengan nada yang mendatar yang berbunyi ketegasan Ahmad Firdaus menyatakan hasrat kepada Nur Anisa.

"Kat mana Amad nak jumpa?"

"Kat tempat biasa."

"Ok, tapi kenapa? Kenapa Amad marah ni? Nisa ada buat salah ke...."

Click!

Tanpa ada apa-apa balasan, Ahmad Firdaus terus mematikan panggilan meninggalkan Nur Anisa dalam keadaan kebingungan. Tanpa melengah masa Nur Anisa masuk ke dalam kereta dan memandu ke tempat biasa pertemuan mereka, Restoran Santai.

Sampai sahaja di Restoran Santai, Ahmad Firdaus kelihatan seperti orang yang hanya menunggu untuk meletup. Nur Anisa sangat pelik akan perangainya pada hari ini, semacam sahaja marahnya.

"Amad, kenapa macam nak marah ni? Nisa tanya tadi pun bukan nak jawab, terus letak telefon, terkejut Nisa...."

"Nisa pergi mana semalam? Dengan siapa Nisa keluar semalam?" terus sahaja Ahmad Firdaus memotong percakapan Nur Anisa dengan pertanyaan yang berbaur cemburu.

"Nisa keluar dengan kawan Nisa pergi beli barang dekat Mall. Kenapa?"

"Kawan lelaki ke perempuan?" terus sahaja Ahmad Firdaus menanya dengan suara yang tersekat-sekat kemarahan.

"Amad, Amad tak percayakan Nisa ke? Kalau pun Nisa keluar dengan lelaki, Nisa akan ajak kawan Nisa yang lain, bukan keluar berdua je.." Bagi Nur Anisa, soalan yang keluar dari mulut Ahmad Firdaus adalah tak munasabah, seperti cemburu buta.

"Amad tengok bukan main seronok lagi Nisa berjalan dengan lelaki tu, tak ada pulak kawan perempuan Nisa kat situ!" Kemarahan Ahmad Firdaus sudah tidak dapat ditahan lagi. Kalau boleh, ditengkingnya Nur Anisa di situ juga, tetapi melihatkan ramai orang di keliling mereka, dibiarkan sahaja nafsu amarahnya itu.

"Amad! Jangan nak tuduh sembarangan boleh tak?!"

"Kalau Amad sorang yang ternampak tak apa lah, ini kawan Amad nampak sekali, memalukan tahu tak, tunang Amad keluar dengan lelaki lain! Semua dah pandang Amad semacam tahu kat office hari ni!"

"Amad! Nisa keluar dengan kawan lama Nisa aja lah, Nisa pun ada ajak jugak kawan perempuan yang lain, tapi mereka sampai lambat..."

"Nisa tak payah nak bagi alasan lah! Tau tak bila kawan Amad kat office tanya Amad apa yang tunang Amad buat dengan lelaki lain, Amad rasa malu sangat, macam tunang Amad dah gatal sangat nak kepit dengan lelaki lain!"

Terkejut dengan apa yang terkeluar dari mulut Ahmad Firdaus, Nur Anisa hanya mampu berdiam diri, tidak sangka akan perangai Ahmad Firdaus.

Kali ini semua kemarahan tersembur keluar, hampir semua pelanggan yang ada melihat ke arah mereka. Nur Anisa hanya mampu menahan malu sampai kemerahan mukanya ditengking sebegitu. Sebelum ini Ahmad Firdaus pandai mengawal kemarahannya kalau berada di khalayak ramai. Cuma pada hari ini, Ahmad Firdaus bagaikan dirasuk.

"Amad! Sampai hati Amad tuduh Nisa macam tu...Nisa bukannya perempuan gatal yang tak tahu malu, Nisa sayangkan Amad, dah tak ada orang lain yang Nisa sayang...." dengan linangan air mata Nur Anisa berkata-kata setelah semangatnya yang sedikit kembali.

"Bukan semalam saja Nisa, sampaikan satu office kata Nisa keluar dengan lelaki lain belakang Amad! Mana Amad nak letak muka Nisa...”

"Amad, Nisa tak buat macam tu Amad, sumpah! Nisa tak pernah keluar dengan lelaki lain selain Amad."

"Sudah la Nisa, Amad tak boleh nak terima apa-apa lagi sekarang ni. Hati Amad sakit sangat, Amad tak sangka..." tanpa mempedulikan Nur Anisa yang menangis keesakan, Ahmad Firdaus terus keluar dari restoran, mengabaikan jeritan Nur Anisa yang memanggil namanya..

Selama beberapa hari Nur Anisa cuba menghubungi Ahmad Firdaus, biar hatinya sakit dengan tuduhan yang dilemparkan, digagahkan juga hati untuk memujuk semula Ahmad Firdaus. Nur Anisa terlalu sayangkan hubungan mereka.

Ahmad Firdaus hanya membiarkan panggilan dan sms dari Nur Anisa, hatinya juga terlalu sakit untuk memaafkan Nur Anisa. Kalau sebelum ini dia susah untuk mempercayai cerita orang tentang Nur Anisa, kali ini begitu senang dia memakan cerita yang disebarkan di office tempat dia bekerja.

Pada suatu hari, Ahmad Firdaus berhenti menerima sms atau panggilan daripada Nur Anisa. Ahmad Firdaus menjadi pelik, namun dibiarkan sahaja kerana fikirnya Nur Anisa sudah penat melayan rajuknya.

Pada malam itu jugak Ahmad Firdaus menerima panggilan dari rumah Nur Anisa...

“Assalamualaikum Amad? Ni mama Nisa...” sayu sahaja suara Pn Norisha memberi salam. Ahmad Firdaus dapat merasakan sesuatu yang tidak diingini telah berlaku.

“Wa’alaikumsalam Aunty, kenapa Aunty call saya malam-malam ni? Ada apa-apa hal ke Aunty?” dengan penuh sopan Ahmad Firdaus menjawab.

“Amad, Aunty nak minta maaf bagi pihak Nisa kalau Nisa ada buat salah. Nisa...Nisa....” tak mampu untuk berterus-terang tentang Nur Anisa, Pn Norisha menahan dari menangis.

“Kenapa dengan Nisa Aunty? Dia ok ke? Amad tak tahu nak kata apa lagi, Amad terkejut lagi dengan apa yang Amad dengar dari kawan-kawan Amad kat office..”

“Amad, Nisa...Nisa dah tak ada Amad....” diluahkan juga apa yang tersirat walaupun pedih.

“Aunty cakap apa ni? Jangan main-main Aunty. Amad tahu Amad tak layan dia sebab cerita yang Amad dengar tu, tapi...”

“Nisa dah meninggal Amad! Semalam dalam keadaan yang tak stabil sebab banyak sangat menangis, dia bawa kereta nak jumpa dengan Amad, dia kata nak minta maaf dengan Amad. Aunty cuba halang dia tapi dia degil! Katanya kalau tak mina maaf dengan Amad, dia tak tenang...” dengan suara yang tersekat-sekat Pn Norisha memberitahu Ahmad Firdaus.

“Apa yang berlaku?” hanya itu yang mampu diluahkan oleh mulut Ahmad Firdaus.

“Sejak Amad jumpa Nisa hari tu, Nisa tak habis-habis menangis, banyak kali call Amad tapi kamu tak layan dia. Nisa ada cerita pada Aunty, percayalah Amad, Nisa tak pernah menduakan kamu, dia sayang sangat pada kamu. Sebab tu semalam Nisa keluar dalam keadaan yang tidak terurus, baru sahaja lepas menangis, mata bengkak. Masa dalam perjalanan ke rumah kamu, lori besar rempuh kereta dia...”

“Ya Allah Ya Tuhanku....” air mata Ahmad Firdaus sudah membasahi pipi dan baju, tidak sangka tindakannya membawa padah yang besar.

“Kami tahu masa dia dah dibawa ke hospital, cedera parah dekat kepala...”

Pn Norinsha mengumpul segala tenaga dan semangat yang tersisa untuk memberitahu bahagian yang terlalu perit untuk diluahkan...

“Tak sampai beberapa jam, doktor dah tak boleh buat apa-apa Amad...” terus sahaja Pn Norisha keesakan tanpa tertahan.

“Amad tak tahu Aunty...Amad betul tak tahu.....”

Click

Terus sahaja Amad menangis tanpa henti...

“Maafkan Amad Nisa...Amad jahat....”


**thanx to Zaki for the name Ili Natasha :P

No comments:

Post a Comment